Tugas istikhlaf perlu disepadankan dengan tugas kehambaan. Dengan menghayati sifat kehambaan, para pengurus akan berhati-hati supaya tidak bertindak sewenag-wenangnya sehingga mengenepikan batas-batas agama dan moral. Ini kerana, sifat kehambaan yang sebati dengan diri dapat menginsafkan mereka sebagai makhluk yang diberkan kepercayaan menbangun dan memakmurkan kehidupan dunia. Maka segala yang dicapai dan dimiliki tidaklah diterima sebagai milik mutlak mereka. ini seiring dengan prinsip istikhlaf yang telah menetapkan manusia hanya bertindak sebagai seorang khalifah yang diamanahkan untuk memanfaatkan apa jua bentuk harta, kekayaan, pangkat, kuasa dan ilmu bagi tujuan kebajikan, kesejahteraan, dan amal soleh. Justeru itu, sifat berhemah, bersyukur dan kesedaran tentang hakikat diri sebagai hamba tetap menjadi meraca pertimbangan yang penting dalam mengimbangi peranan khalifah.
KONSEP AL-ISTIKHLAF
Apa itu Istikhlaf ? Istikhlaf ialah ketetapan manusia yang ditugaskan dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangunkan dan memakmurkan dunia . Penugasan ini dikuatkuasakan Allah SWT dengan mengangkat manusia sebagai wakil-Nya (khalifah) dan pemegang amanah-Nya untuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia. Firman Allah SWT yang bermaksud: " Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan meramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, kahlifah-khalifah yang berkuasa dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka" (Surah Al-Nur 24:55) ...
Comments
Post a Comment