Posts

PENGENALAN PENGURUSAN ISLAM

Konsep Pengurusan Islam adalah sesuatu yang amat penting untuk diaplikasikan sebagaimana yang terkandung dalam wahyu. pengurusan termasuk dalam kategori hubungan sesama manusia sebagai usaha ke arah kesejahteraan, keharmonian, kedamaian dan keselamatan hidup dunia dan akhirat dengan berteraskan hubungan kepada Allah SWT. Dalam topik ini akan membincangkan tentang pengurusan islam yang telah dilaksanakan dan dihayati oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan pemerintah selepasnya dan perlu dipraktiskan semula dalam kehidupan kita bagi melaksanakan tuntutan sebagai hamba dan khalifah-Nya di atas muka bumi. Islam sebagai cara hidup yang syumul telah menyediakan cara terbaik untuk mengatur kehidupan manusia. Perkembangannya adalah selaras dengan peekembangan diri manusia sebagai makhluk sosial yang sentiasa beraktiviti, berkreativiti dan berorganisasi tanpa mengenepikan panduan daripada al-Quran dan al-Sunnah. Justeru, keperluan mempraktiskan sistem pengurusan islam perlu diberikan penekanan...

KONSEP AL-ISTIKHLAF

Apa itu Istikhlaf ? Istikhlaf  ialah  ketetapan manusia yang ditugaskan dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangunkan dan memakmurkan dunia . Penugasan ini dikuatkuasakan Allah SWT dengan mengangkat manusia sebagai wakil-Nya (khalifah) dan pemegang amanah-Nya untuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia. Firman Allah SWT yang bermaksud: " Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan meramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, kahlifah-khalifah yang berkuasa dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka" (Surah Al-Nur 24:55)       ...
       Di samping itu, beberapa kriteria lain harus dimiliki oleh khalifah antaranya ialah berilmu, berwawasan, realistik, terancang, berhemah lagi hikmah. Ilmu pengetahuan ialah satu kurniaan ilahi yang istimewa kepada manusia bagi menyempurnakan fungsi kekhalifahan di dunia. Dalam al-Quran terhimpun pelbagai khazanah pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan hikmah-hikmah yang boleh dijadikan panduan dan dapat mengembangkan potenssi akhliah, rohaniah dan jasmaniah untuk melaksanakan tugas membangunkan dunia
Dalam menjalankan tugas istikhlaf ini, manusia menyedari bahawa setiap hasil kerjanya sentiasa dinilai, diawasi dan dicatat. Dengan sendirinya mereka akan bertanggungjawab dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar tugas iaitu untunk membina dan memajukan pelbagai bidang kehidupan mengikut bidang tugas masing-masing. Dari tanggungjawab sebagai seorang anak hingga kepada tanggungjawab sebagai suami isteri dan ibubapa. Seterusnya tanggungjawab sebagai jiran, anggota masyarakat dan rakyat yang berkedudukan selaku buruh, guru, pensyarah, jururawat, ketua pejabat, penyelia kilang, pemilik perniagaan dan lain-lain.
Tugas istikhlaf  perlu disepadankan dengan tugas kehambaan. Dengan menghayati sifat kehambaan, para pengurus akan berhati-hati supaya tidak bertindak sewenag-wenangnya sehingga mengenepikan batas-batas agama dan moral. Ini kerana, sifat kehambaan yang sebati dengan diri dapat menginsafkan mereka sebagai makhluk yang diberkan kepercayaan menbangun dan memakmurkan kehidupan dunia. Maka segala yang dicapai dan dimiliki tidaklah diterima sebagai milik mutlak mereka. ini seiring dengan prinsip istikhlaf yang telah menetapkan manusia hanya bertindak sebagai seorang khalifah yang diamanahkan untuk memanfaatkan apa jua bentuk harta, kekayaan, pangkat, kuasa dan ilmu bagi tujuan kebajikan, kesejahteraan, dan amal soleh. Justeru itu, sifat berhemah, bersyukur dan kesedaran tentang hakikat diri sebagai hamba tetap menjadi meraca pertimbangan yang penting dalam mengimbangi peranan khalifah.

KESIMPULAN

Pengurusan Rasulullah SAW jelas mengambarkan adanya pertalian yang amat ketara di antara pengurusan dengan agama. Kejayaan Baginda SAW sebagai seorang insan yang mencipta sejarah cemerlang dalam sejarah tamadun manusia banyak dicorakkan oleh faktor keagamaan. Kajian teliti ke atas sirah jelas memaparkan keupayaan Baginda SAW sebagai seorang pengasas negara, panglima perang, pencatur organisasi, penyatu kabilah-kabilah Arab, pemupuk keharmonian hubungan antara kaum, penyemai nilai-nilai akhlak mulai dan pemimpin agama. Kekuatan kerohanian Baginda SAW berfungsi sebagai penapis dan penyaring ke atas segala urusan dunia.